Monday, 31 October 2011

Mengapa saya memilih Kaunseling

Salam 1 MALAYSIA...


Pernah dengar tentang kaunseling? i'm sure a lot of us heard about it. Kaunseling merupakan satu proses rundingan yang boleh membantu klien untuk menangani isu mereka. hahaha. I am the one of the counselling students in UPSI. Belajar kaunseling kat sini best sangat. Saya kenal ramai orang daripada pelbagai latar budaya, agama, negeri, dan sebagainya. Dalam kelas kami seramai 44 orang. InsyaAllah kami akan jadi bakal kaunselor satu hari nanti.

Di UPSI, batch kami is the third batch yang ada subjek "fokus" sekali bagi kami yang ambil jurusan kaunseling. Selepas ini, di UPSI pelajar kaunseling makin sedikit dan hanya  menawarkan program kaunseling ini kepada beberapa orang sahaja sehingga pelajar semester 1 yang baru - baru ini hanya seramai 25 orang sahaja. Saya mendapati senario ini berlaku kerana senior yang baru sahaja bergarduasi mempunyai kuantiti yang ramai dan ini menjadi UPSI mengambil makin sedikit pelajar kaunseling yang hanya perlu digunakan seramai 2 orang sahaja di satu sekolah....dengarnyalah tetapi saya pernah pergi ke sekolah dan bertanya kepada guru kaunseling sekolah, "berapa ramai kaunselor sekolah sepatutnya?", lalu kaunselor berkata, "sepatutnya perlu ada seramai 7 orang tetapi sekolah ini baru sahaja mempunyai 4 orang kaunselor........kamu berminat ke kerja kat sekolah ini?" (cikgu berseloroh lalu saya hanya mampu tersenyum). 


Kenapa Minat Kaunseling?


Memang dari sekolah menengah lagi saya meminati bidang kaunseling. Tambahan lagi saya bekas ajk pembimbing rakan sebaya, PRS di sekolah saya dahulu iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, SMKGS. Aktiviti bimbingan yang kami jalankan ketika di sekolah sangat menarik dan menjadikan saya lebih menghargai kehidupan. Namun, ramai rakan berpendapat aktiviti kami hanya syok sendiri dan langsung tidak membimbing rakan untuk menjadi lebih baik. Justeru saya menyedari rupanya banyak lagi ilmu yang saya perlu pertingkatkan untuk mengatasi kelemahan yang ada pada diri saya ini.

Disebabkan itu, saya telah meletakkan program kaunseling di UPSI sebagai pilihan kedua saya ketika mengisi borang upu dan pilihan pertama saya perakaunan kerana saya mengambil akaun di matrikulasi sebelum saya memasuki UPSI kini. Alhamdulillah saya berjaya ditawarkan memasuki UPSI dalam jurusan Bimbingan Dan Kaunseling. Setelah mempelajari banyak ilmu dalam kaunseling, saya merasakan saya telah belajar sesuatu yang miracle. Sesuatu yang sangat tidak ternilai. Satu nilai yang tidak pernah saya hargai selama ini. Iaitu ilmu tentang kehidupan manusia.


Rupanya banyak kelemahan dan kekuatan diri saya yang saya tidak pernah sedar selama ini. Rupanya ramai masyarakat di luar sana masih tidak memahami diri masing-masing. Saya sedih apabila aspek emosi, kognitif, dan psikologi manusia selama ini dipandang ringan oleh masyarakat. Sedangkan perkara-perkara ini merupakan elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia. saya mula menghargai kehendak, tanggapan, dan perasaan orang lain. Ketika ini, jauh di sudut hati saya berkata; "kejamnyanya aku selama ini kerana tidak pernah menghargai perasaan orang lain".

Peranan kaunselor...

Di sini saya ingin membuka minda pembaca blog ini untuk memahami apakah kaunseling sebenarnya. Semua manusia di dunia ini berhak untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Tak kira orang yang akan dihukum gantung, pesakit yang bakal menemui ajal, orang pekak, bisu, buta, lumpuh, normal, dan sebagainya sangat memerlukan perkhidmatan kaunseling. Waima Yang Dipertuan Agong sehingga janitor sekali pun berhak untuk menerima perkhidmatan kaunseling.

Proses kaunseling bertujuan untuk memupuk kesedaran kendiri di kalangan klien. Situasi yang dialami sepanjang sesi kaunseling dijalankan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dalam hidup. Ramai bertanggapan kaunseling hanya untuk orang bermasalah sahaja. Hakikatnya, semua manusia pernah, sedang dan akan menghadapi masalah dalam hidup. Jadi tak salah sekiranya masalahnya dihisab dalam sesi kaunseling.

Kaunselor berperanan sebagai cermin diri dalam sesi kaunseling. Cuba bayangkan, anda ingin mencukur misai, atau ingin menyikat rambut, anda akan mencari cermin untuk melihat keadaan diri anda. Anda tidak mampu mengetahui keadaan diri tanpa melihat perkara sebenar yang berlaku dan terdapat pada diri. Namun, ketika di hadapan cermin, yang menyikat rambut dan mencukur misai anda tidak dilakukan oleh cermin. Sebaliknya, anda sendiri yang melakukannya.

Perkara yang ingin saya sampaikan sebenarnya adalah kaunselor hanya berperanan membantu anda melihat keadaan diri. Kelemahan, kekuatan, dan situasi sebenar yang anda alami, tetapi anda tidak sedar kewujudannya. Namun, orang yang berhak dan bertanggungjawab mengatasi masalah diri anda adalah diri anda sendiri. Ibarat ketika kita berjumpa doktor ketika demam. Doktor hanya mendiagnosis dan mencadangkan ubatan yang perlu diambil. Tetapi, yang perlu menjaga waktu pengambilan ubat, dan makan ubat tersebut adalah diri kita sendiri dan bukannya doktor tersebut.

Justeru, hentikanlah tanggapan kurang baik terhadap kaunseling dan peranan kaunselor. Kerana sebenarnya proses kaunseling hanya boleh dijalankan oleh mereka yang bertauliah dan mengamalkannya secara professional. Banyak teori yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan sesebuah sesi kaunseling. Sesi kaunseling hakikatnya tidak berlaku sekiranya ditangani oleh mereka yang hanya mengikuti kursus kaunseling selama sebulan. Mereka yang mengaku kaunselor, tetapi tidak bertauliah seperti inilah yang mencemar nama baik profession kaunseling.

Pesanan saya kepada para pembaca agar teruslah muhasabah diri. Kerana menurut ajaran Islam; mereka yang tidak muhasabah dirinya, sehingga hari esok menjadi lebih buruk daripada hari sebelumnya umpama tidak bermakna keIslaman dalam dirinya.


Pejamkan mata dengan tenang. Tarik nafas perlahan-lahan... dan hembuslah dengan perlahan. Fikirkanlah dengan kewarasan akal tentang apa yang telah anda baca dan tolong sebarkan kepada mereka yang anda sayangi. Terima kasih.

Monday, 24 October 2011

Awak Saya...........

Ini energizer yang saya paling suka dan gunakan bagi kawan-kawan. Ia sesuai di buat dalam kelas ataupun di mana-mana sahaja berada. mempunyai beberapa langkah yang saya tertarik.....
Enegizer ini merangkumi pergerakan dan nyanyian sekali yang sangat comel, CUBALAH sekarang juga :-

~~~~saya, awak, main sorok-sorok,
~~~~bawah pokok,
~~~~daun kiri, kanan,
~~~~ohohohoooo....ditiup angin,
~~~~awak,awak,awak, kamu semua 2x
                    ~~~~hooray~~~~~ 

Ini pula dalam versi jepun, lihat dan perhatikan serta praktikannya bersama-sama....

http://youtu.be/mNl8ncNvMXU

Amacam?dah mencubanya?bestkan.....tarian ini boleh menjadi satu senaman kepada kita kerana mempunyai beberapa langkah yang senang diikut dan best sangat......
Sila mencubanya daripada slow hingga ke laju...mesty lagi best....SELAMAT MENCUBA!!!


Monday, 10 October 2011

Strategi Kaunseling

Assalammunalaikum, saya menghadiri kuliah En. Aziz hari ini dengan Strategi Kaunseling di mana seorang kaunselor di sekolah hendaklah mengatur strategi bagaimana mengatasi masalah disiplin di sekolah. En. Aziz menceritakan pengalaman beliau bagaimana beliau mengatasi masalah disiplin di sekolah. Beliau mengambil perhatian kepada pelajar-pelajar masalah di sekolah, menjadikan mereka sebagai trainers dan bersama-sama mengharmonikan sekolah.
Daripada apa yang En. Aziz ceritakan, saya mendapat gambaran bagaimana tanggungjawab seorang kaunselor, iaitu saya yang bakal menjadi cikgu bimbingan dan kaunseling di sekolah suatu hari.......insyaallah...saya mengambil pengalaman yang En.Aziz ceritakan pada saya dalam kuliah ini, menjadi satu pengajaran yang amat berguna dan saya harap mampu lakukan seperti apa yang En.Aziz lakukan kepada pelajar-pelajarnya sebelum ini.
Selain itu, En. Aziz memberitahu beberapa perkara yang perlu dibuat apabila kita di sekolah nanti bagi 'memikat' hati pelajar-pelajar terutamanya pelajar yang bermasalah.
Beberapa perkara yang diperlukan antara program Trainers, Minggu Silaturrahim (Orientasi). Minggu Silaturahim En. Aziz mengatakan di mana ingin mengeratkan hubungan antara pelajar junior dan senior dan ini menjadikan sekolah yang harmoni dalam kalangan semua pelajar walaupun perbezaan 'batch".


Di antara Karangan yang menjadi Punca dan langkah mengatasi masalah disiplin pelajar.

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.



............Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?


............Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggung jawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.


............Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.


............Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.


............Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.


............Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjerumus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.


............Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibu bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.


............Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja terutama daripada pihak ahli politik. Begitu juga dengan pihak media massa yang hanya tahu menyiarkan sahaja berita sensasi tentang topik ini berulang kali . Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

gaduh (Bongkar) Masalah Disiplin Pelajar di Sekolah


Ini antara salah satu keratan akhbar di mana

Masalah salah laku disiplin pelajar masih terkawal
2010/12/28

PUTRAJAYA: Masalah salah laku disiplin di kalangan pelajar masih terkawal dan statistik Kementerian Pelajaran menunjukkan hanya kira-kira tiga peratus daripada lebih 5 juta pelajar dari 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terbabit kegiatan salah laku itu sepanjang sesi persekolahan 2010. 

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Kah Siong, berkata ini bermakna kira-kira 97 peratus daripada keseluruhan pelajar di sekolah menengah dan rendah di negara ini, tidak terbabit dengan sebarang salah laku disiplin.

Beliau berkata, mengikut rekod kementerian 111,484 pelajar atau 72,557 pelajar sekolah menengah dan 38,927 murid sekolah rendah dikesan terbabit pelbagai salah laku disiplin pada 2010.
Katanya, antara kes salah laku disiplin yang sering dilakukan pelajar terbabit termasuk jenayah (17,595 kes), ponteng sekolah (19,545 kes), berlaku kurang sopan (18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak mementingkan masa (17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), vendalisme (5,212 kes) dan kenakalan (8,563 kes). 

"Walaupun masalah salah laku disiplin pelajar di negara ini masih terkawal, kita tetap memandang serius gejala ponteng sekolah kerana ia menjadi penyebab utama pembabitan seseorang pelajar dalam pelbagai kegiatan berunsur negatif seperti penagihan dadah, minuman keras, samseng, seks bebas, buli dan judi. 

"Saya berpendapat penguatkuasaan peraturan sekolah semata-mata tidak memadai bagi menangani gejala ponteng sekolah, namun masyarakat khususnya ibu bapa dan pelajar juga perlu diberikan kesedaran mendalam mengenai masalah ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid 2010 di sini, semalam. 

Mengulas lanjut, Wee berkata kementerian juga meminta sekolah mengambil pelbagai pendekatan efektif termasuk memberi amaran, bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng sekolah.

Saturday, 1 October 2011

PalapES....

Kenangan gambar semasa menembak di kuala kubu baru

Hari ini ada latihan lagi...minggu ke-3, ada 3 minggu berturut-turut lagi untuk menghabiskan latihan nie....sangatz lah letih tetapi inilah yang bakal aku lalui sebagai seorang PALAPES....memanglah letih tetapi inilah jalan yang ku pilih pada awal2 lagi saya menjejaki ke dalam UPSI setelah bergelar pelajar disini.....walaupun kekadang terasa  sangat lah 'fedup', saya hanya teruskan sehinggalah selesai latihan PALAPES ini selama 3 tahun berturut-turut....AMIN........kini saya sudah menjadi Senior, tahun ke-3 iaitu tahun last menjalani latihan PALAPES sebagai seorang kadet...saya berasa syukur sangat saya dikurniakan kudrat sehingga sampai ke tahap ini...bangga sekejap,hehhehe....

Tuesday, 20 September 2011

PerIBahasa seINdaH bAHasA

Tetiba terasa berminat dengan peribahasa yang saya baca di http://www.hafizmohd.com/motivasi/10-cerita-menarik-hari-ini/ dan dibawah inilah antara peribahasa yang sangt bermakna bagi kita semua...
renung2kan dan selamat beramal....
  1. Sediakan payung sebelum hujan – nampak gayanya, H1N1 dahpun kembali mengganas. Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Jom sama-sama amalkan prinsip “Prevention is always better than cure”. Itupun kalau kita sayang diri sendiri dan keluarga kita. Jangan pula nanti cakap “takde orang bagitahu pun!”
  2. Anjing diberi makan nasi takkan kenyang - angka 2,780 kanak-kanak didera tahun lalu sudah cukup menyakitkan hati. Anak-anak adalah amanah, bukannya mainan yang boleh disepak terajang. Moga kita sentiasa mendapatrahmat dan hidayah Allah jua.
  3. Rezeki secupak, manakan jadi segantang – antara blogger yang saya cukup kagum dan hormat ialah problogger Rohaizad. Entri terbaru beliau begitu mengujakan. Banyak yang beliau kongsikan samada dalam arena IM mahupun dunia blogging sendiri dan banyak cerita yang sungguh menaikkan motivasi diri. Pesan beliau “kita selalu lihat, tapi tidak lihat betul-betul”. Sama-sama kita renungkan.
  4. Ada seperti tampaknya apung-apung – kalahnya Manchester United dikaki Chelsea cukup memeritkan bagi peminat setia Man U. Walau ada yang berkata “ala..gol offside, nasib plak ref tak nampak”..tapi gol tetap gol..kalahpun dah kalah..menangis pun sudah tak guna. Harus diingat jua, ada lagi lima perlawanan untuk diharung, belum tentu juara EPL milik Chelsea!
  5. Ada tangga hendak memanjat tiang – kalau kita perasan, isu plagiat dalam arena blogging sejak akhir -akhir ini makin menjadi-jadi. Mana perginya etika seorang blogger? Adakah kita sudah hilang pertimbangan hingga sanggup menciplak hasil titik peluh orang lain lalu bangga mengaku ianya hak milik kita? Memang tak tahu malu
  6. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak – kalau mahu berjaya, mana ada jalan senang. Kalau mahu susah, memang ada jalan senang. Akhirnya ketabahan dan kesabaran mahupun kerajinan menjadi resepi untuk berjaya. Orang kita asyik fikir nak senang dengan cara goyang kaki contohnya skim cepat kaya dan 4D (duduk diam dapat duit). Akhirnya siapa yang rugi?
Moga ada manfaat dari perkongsian ringkas ini.

Da TiREd dAy

Hari ini dari pagi lagi ada kelas hinggalah ke petang. dari kampus ke PC, dan dari PC ke kampus balik...ermmm..penat jugak rasenyer. Pagi2 kelas En. Aziz, semangat sikitlah dan terasa rugi kalau tidak pergi lak kan...kelakar jugak kadang2 en.aziz nie...tergelak2 kami dalam kelasnyer......hahahaha100x.
Semalam baru saya dapat membuat blog dan hari ni menjenguk kembali blog, tengok2 blog sambil2 tu rasa nak mencantikkan lagi blog dan saya pun apply la pelbagai corak yang boleh bagi 'vogue da Vase' saya yer blog nie.
Tapi....geramnyer alahai, internet plak slow...lamanyer kene tunggu...."nie yang leceh nie wat blog"- rungut hati kecilku...huhuhu. Saya membaca kembali 'post' yg saya buat semalam tuh dan terperasan nama en. Aziz silap, minta maaf en.Aziz, ampunkan saya....nama pensyarah saya yang dipanggil en.aziz ialah........En. Ab.Aziz Bin Mohd Yatim..tetapi saya telah betulkan apa yang saya post semalam....

Monday, 19 September 2011

FiRst DAy....12/9/2011

- Hari ini rasa sangatzz bersemangat,yelah hari pertama kuliah setelah kian lama bercuti (4 bulan) tanpa belajar...dan saya rasa otak dah jadi karat untuk mengingati teori-teori kaunseling..hehehe..saya tidak sabar nak jumpa rakan-rakan yang saya sangat rindu kat mereka semua laaaaa...

- kuliah pertama, pensyarah masuk dan hari ini lah kami semua pelajar sem5, kursus At04 diambil oleh En. Ab. Aziz Bin Mohd Yatim. Daripada sini, barulah pertama kali saya berpeluang dapat memasuki kelasnya dan selama ini, saya hanya mendengar sahaja tentang dirinya daripada senior-senior yang lepas.

- pada sebelah petang itu, berjumpa lagi dgn en. aziz dalam kelaz Penaksiran (6jam kredit)...pelbagai yang saya fikirkan tentang assignment yang diberi...hermmm..(risau)..hehehe