Tetiba terasa berminat dengan peribahasa yang saya baca di http://www.hafizmohd.com/motivasi/10-cerita-menarik-hari-ini/ dan dibawah inilah antara peribahasa yang sangt bermakna bagi kita semua...
renung2kan dan selamat beramal....
- Sediakan payung sebelum hujan – nampak gayanya, H1N1 dahpun kembali mengganas. Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Jom sama-sama amalkan prinsip “Prevention is always better than cure”. Itupun kalau kita sayang diri sendiri dan keluarga kita. Jangan pula nanti cakap “takde orang bagitahu pun!”
- Anjing diberi makan nasi takkan kenyang - angka 2,780 kanak-kanak didera tahun lalu sudah cukup menyakitkan hati. Anak-anak adalah amanah, bukannya mainan yang boleh disepak terajang. Moga kita sentiasa mendapatrahmat dan hidayah Allah jua.
- Rezeki secupak, manakan jadi segantang – antara blogger yang saya cukup kagum dan hormat ialah problogger Rohaizad. Entri terbaru beliau begitu mengujakan. Banyak yang beliau kongsikan samada dalam arena IM mahupun dunia blogging sendiri dan banyak cerita yang sungguh menaikkan motivasi diri. Pesan beliau “kita selalu lihat, tapi tidak lihat betul-betul”. Sama-sama kita renungkan.
- Ada seperti tampaknya apung-apung – kalahnya Manchester United dikaki Chelsea cukup memeritkan bagi peminat setia Man U. Walau ada yang berkata “ala..gol offside, nasib plak ref tak nampak”..tapi gol tetap gol..kalahpun dah kalah..menangis pun sudah tak guna. Harus diingat jua, ada lagi lima perlawanan untuk diharung, belum tentu juara EPL milik Chelsea!
- Ada tangga hendak memanjat tiang – kalau kita perasan, isu plagiat dalam arena blogging sejak akhir -akhir ini makin menjadi-jadi. Mana perginya etika seorang blogger? Adakah kita sudah hilang pertimbangan hingga sanggup menciplak hasil titik peluh orang lain lalu bangga mengaku ianya hak milik kita? Memang tak tahu malu
- Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak – kalau mahu berjaya, mana ada jalan senang. Kalau mahu susah, memang ada jalan senang. Akhirnya ketabahan dan kesabaran mahupun kerajinan menjadi resepi untuk berjaya. Orang kita asyik fikir nak senang dengan cara goyang kaki contohnya skim cepat kaya dan 4D (duduk diam dapat duit). Akhirnya siapa yang rugi?
Moga ada manfaat dari perkongsian ringkas ini.