Definisi Kaunseling.
Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.
- Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan.
- Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah.
- Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu.
- Menolong klien menyelesaikan masalahnya.
1. Memberi Maklumat
- Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
- Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor
- Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran
- Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya
- Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.
- Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak)
- Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan
- Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan
- Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil.
PERKEMBANGAN
Memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat positif
PENCEGAHAN
Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan dan sifat yang negatif dari segi emosi dan pemikirannya
INTERVENSI
Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri
PEMULIHAN
Penekanan adalah kepada isu-isu dan permasalahan peribadi, mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar seseorang itu dapat berfungsi sepenuhnya.
Rasional Perkhidmatan Kaunseling
- Kewujudan Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja.
- Ketidakseimbangan emosi.
- Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan.
- Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat.
- Konflik peranan dengan caragaya pentadbiran pengurus.
- Perbezaan di antara keperluan personel dengan polisi jabatan.
- Prestasi kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik.
- Masalah peribadi dan keluarga.
- Kebosanan kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya.
- Keperluan pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkah laku.
- Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa.
- Masalah Pencapaian Mutu Kerja
- Masalah Sikap
- Masalah Penyesuaian Diri
- Stress Di tempat Kerja
- Masalah Situasi
- Mendengar dengan sebaiknya sebelum membuat sebarang pernyataan.
- Elakkan mengkritik atau nasihat yang terburu-buru.
- Jangan bertelagah atau berhujah.
- Menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pekerja.
- Dapatkan sesuatu yang tersirat yang cuba disampaikan.
- Mengdiagnosis masalah pekerja atau kepincangan organisasi
- Memberi peluang pekerja meluahkan perasaan.
- Membantu pekerja berfikir dengan jelas dan tidak dikuasai oleh emosi.
- Memberi nasihat.
- Menyokong dan menenangkan pekerja.
- Menilai diri.
- Mempertingkatkan komunikasi dalam organisasi.
- Memajukan diri.
Objektif
- Untuk mengurangkan stress/ketegangan dan kekecewaan di tempat kerja
- Untuk meningkatkan keyakinan mengenai kemahiran dan kebolehan di tempat kerja
- Untuk menstabilkan emosi dan meningkatkan produktiviti
- Untuk mengurangkan kebimbangan dan tingkah laku yang tidak diingini
- Untuk mengurangkan dan mengikis sikap dan perasaan negatif
- Untuk mengurangkan penderitaan emosi yang disebabkan oleh kejadian traumatik
- Tahap I : Luahan Rasa (Outcry) Tahap II : Penafian (Denial) Tahap III : Gangguan (Interruption)
- Tahap IV : Mengalami (Working Through)
- Gangguan Emosi (Emotional Disturbance) Kecelaruan Kognitif (Cognitive Disorders) Hyperarousal Penderitaan Fizikal (Physical Pain)
- Kesedaran Mengenai Kesan Trauma (Awareness of the effects of trauma) Tahap Kefungsian Yang Minima (Minima Level of Fuctioning) Penghindaran (Avoidance) Penerimaan (Acceptance) Ubah hala (Redirection)
- Individu (Individual) Sokongan Kumpulan Kerja (Group Work Support) Sokongan Keluarga (Family Support) Struktur Kerja (Work Structure)
Objektif Kaunseling Pelajar
"Untuk memastikan supaya pelajar-pelajar dapat mempertingkatkan keupayaan dan kebolehan dengan menggunakan sepenuhnya potensi diri secara positif dan proaktif melalui perkhidmatan psikologikal"
Objektif Umum Kaunseling Pelajar
- Membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan atau persekitaran
- Membantu pelajar dalam memberikan maklumat mengenai pemilihan kerjaya yang sesuai
- Memberi pengetahuan kepada pelajar dalam proses memahami masalah dan bagaimana menanganinya
- Memberi khidmat kaunseling bagi membantu pelajar mengatasi masalah peribadi yang sedang dihadapi
- Mengadakan khidmat susulan bagi membantu pelajar dalam menangani masalah atau mengelakkan diri dari masalah baru
PERINGKAT PERMULAAN
- Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai.
- Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian.
salah satu semasa sesi berlaku
- Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian:
- Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien.
- Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya.
- Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. Di peringkat ini kaunselor berkenaan akan:
- Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu.
- Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor.
- Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses kaunseling tersebut
- Kerahsiaan:
- Perkhidmatan kaunseling adalah berpandukan Piawaian Amalan Kaunseling (Standards of Practice) serta memelihara Kod Etika. Setiap maklumat dalam sesi kaunseling adalah dijamin kerahsiaannya
- Maklumat klien tidak akan diberitahu kepada mana-mana pihak melainkan setelah mendapat kebenaran dan persetujuan klien demi kebaikan klien sendiri
No comments:
Post a Comment