Monday 10 October 2011

Strategi Kaunseling

Assalammunalaikum, saya menghadiri kuliah En. Aziz hari ini dengan Strategi Kaunseling di mana seorang kaunselor di sekolah hendaklah mengatur strategi bagaimana mengatasi masalah disiplin di sekolah. En. Aziz menceritakan pengalaman beliau bagaimana beliau mengatasi masalah disiplin di sekolah. Beliau mengambil perhatian kepada pelajar-pelajar masalah di sekolah, menjadikan mereka sebagai trainers dan bersama-sama mengharmonikan sekolah.
Daripada apa yang En. Aziz ceritakan, saya mendapat gambaran bagaimana tanggungjawab seorang kaunselor, iaitu saya yang bakal menjadi cikgu bimbingan dan kaunseling di sekolah suatu hari.......insyaallah...saya mengambil pengalaman yang En.Aziz ceritakan pada saya dalam kuliah ini, menjadi satu pengajaran yang amat berguna dan saya harap mampu lakukan seperti apa yang En.Aziz lakukan kepada pelajar-pelajarnya sebelum ini.
Selain itu, En. Aziz memberitahu beberapa perkara yang perlu dibuat apabila kita di sekolah nanti bagi 'memikat' hati pelajar-pelajar terutamanya pelajar yang bermasalah.
Beberapa perkara yang diperlukan antara program Trainers, Minggu Silaturrahim (Orientasi). Minggu Silaturahim En. Aziz mengatakan di mana ingin mengeratkan hubungan antara pelajar junior dan senior dan ini menjadikan sekolah yang harmoni dalam kalangan semua pelajar walaupun perbezaan 'batch".


Di antara Karangan yang menjadi Punca dan langkah mengatasi masalah disiplin pelajar.

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.



............Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?


............Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggung jawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.


............Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.


............Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.


............Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.


............Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjerumus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.


............Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibu bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.


............Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja terutama daripada pihak ahli politik. Begitu juga dengan pihak media massa yang hanya tahu menyiarkan sahaja berita sensasi tentang topik ini berulang kali . Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

gaduh (Bongkar) Masalah Disiplin Pelajar di Sekolah


Ini antara salah satu keratan akhbar di mana

Masalah salah laku disiplin pelajar masih terkawal
2010/12/28

PUTRAJAYA: Masalah salah laku disiplin di kalangan pelajar masih terkawal dan statistik Kementerian Pelajaran menunjukkan hanya kira-kira tiga peratus daripada lebih 5 juta pelajar dari 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terbabit kegiatan salah laku itu sepanjang sesi persekolahan 2010. 

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Kah Siong, berkata ini bermakna kira-kira 97 peratus daripada keseluruhan pelajar di sekolah menengah dan rendah di negara ini, tidak terbabit dengan sebarang salah laku disiplin.

Beliau berkata, mengikut rekod kementerian 111,484 pelajar atau 72,557 pelajar sekolah menengah dan 38,927 murid sekolah rendah dikesan terbabit pelbagai salah laku disiplin pada 2010.
Katanya, antara kes salah laku disiplin yang sering dilakukan pelajar terbabit termasuk jenayah (17,595 kes), ponteng sekolah (19,545 kes), berlaku kurang sopan (18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak mementingkan masa (17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), vendalisme (5,212 kes) dan kenakalan (8,563 kes). 

"Walaupun masalah salah laku disiplin pelajar di negara ini masih terkawal, kita tetap memandang serius gejala ponteng sekolah kerana ia menjadi penyebab utama pembabitan seseorang pelajar dalam pelbagai kegiatan berunsur negatif seperti penagihan dadah, minuman keras, samseng, seks bebas, buli dan judi. 

"Saya berpendapat penguatkuasaan peraturan sekolah semata-mata tidak memadai bagi menangani gejala ponteng sekolah, namun masyarakat khususnya ibu bapa dan pelajar juga perlu diberikan kesedaran mendalam mengenai masalah ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid 2010 di sini, semalam. 

Mengulas lanjut, Wee berkata kementerian juga meminta sekolah mengambil pelbagai pendekatan efektif termasuk memberi amaran, bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng sekolah.

1 comment:

  1. WinStar World Casino and Resort Tickets - KTNV
    View the WinStar 영천 출장샵 World Casino and 남원 출장안마 Resort tickets 속초 출장샵 for events, interactive entertainment 광양 출장샵 and more at the 청주 출장마사지 WinStar World Casino and Resort in Las Vegas.

    ReplyDelete