Saturday, 5 November 2011

CHerITa DaRi gOMbAk


Gombak merupakan salah satu daerah di negeri Selangor yang diwujudkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan. Daerah Gombak kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang.
Daerah Gombak merangkumi kawasan- kawasan yang disusun semula seperti berikut :
  1. Sebahagian Mukim Ampang - Peralihan daripada daerah Hulu Langat
  2. Mukim Ulu Klang - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
  3. Sebahagian Mukim Setapak - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
  4. Sebahagian Mukim Batu - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
  5. Mukim Rawang - Peralihan daripada daerah Hulu Selangor & Kuala Selangor
Daerah ini terletak di kawasan Lembah Klang dan bersempadanan dengan :
Keluasan Daerah Gombak merangkumi 65,008 Hektar. Keluasan ini adalah yang ketiga terkecil berbanding dengan daerah- daerah lain dalam Negeri Selangor.

                                                                       peta GOmbak
Saya ingin mengenalkan GOMBAK dimana saya tinggal sekarang dengan keluarga tercinta. lihatlah peta di atas,banyak kan jalan-jalan di Gombak...saya nak beritahu tentang pelbagai tempat di Gombak ni...
                                                         MUZeuM OranG AsLi Bt.12
muzeum di atas berada di bt.12 , Gombak di mana menghimpunkan maklumat-maklumat tentang Orang Asli di negara kita. bermacam-macam juga saya mendapat maklumat daripada muzeum ini. Bayaran untuk masuk ke dalam Muzeum ini adalah FREE je...Lawatlah eh...
LoGO UIA

BanGunan UIA
UIA, Universiti Islam Antarabangsa dimana dekat sahaja di rumah saya. inilah universiti yang agak besar dan dibangga-banggakan di Gombak. Ramai pelajar daripada luar negara menuntut di Universiti ini. Ukiran di setiap bangunan sangat penuh dengan mencirikan Islam dan sangat luas. Saya pernah pergi beberapa kali masuk ke dalam Universiti ini dan lihat bangunannyer yang sama sehingga saya rasa seperti saya ulang-alik di tempat yang sama. Kalau tidak lihat dengan elok, akan SESAT taw...hati-hati..hehe

                                                               PasAraya Ong Tai Kim
Inilah tempat yang saya selalu membeli-belah barangan dapur atau keperluan lain bersama keluarga saya. semasa saya zaman sekolah, balik daripada sekolah sahaja saya selalu ke sini, kononyer nak jalan-jalan lepas balik sekolah bersama rakan-rakan yang lain, hehe...Singgahlah kat sini kalau anda pergi ke Gombak.


                                                                     Lencana SMKGS
Lencana sekolah saya masa sekolah menengah iaitu SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA. Cantik kan Lencana sekolah saya?? Saya pergi ke sekolah hanya mengambil masa tidak sampai 5 minit daripada rumah, dekat kan...Semasa di sekolah ini saya banyak kenangan yang ditinggalkan bersama rakan-rakan mahupun cikgu-cikgu. Banyak jasa sekolah ini sehingga saya menjadi diri saya sekarang.
LIRIK LAGU sekolah saya..BEST taw...

BERDIRINYA SEKOLAH KITA
BAGAI OBOR PUTRA PUTRINYA
SEKOLAH MENENGAH GOMBAK SETIA
MENABUR JASA BAKTINYA


SOPAN SANTUN BERAKHLAK MULIA

PADA IBU BAPA SETIA
BERPEGANGLAH TEGUH PADA AGAMA 
AMALKAN RUKUNEGARA
KAMI BERJANJI AKAN BERJASA MEMBELA MALAYSIA TERCINTA
AMALKAN USAHA TEKUN JAYA
ITULAH COGAN KITA SEMUA



PADA TUHAN KITA POHONKAN 

AGAR DOA DIPERKENANKAN
HADAPI SEGALA RUPA CABARAN
PASTI CAPAI KEJAYAAN


Dah habis nyanyi?? oklah...JOm kita Pergi ke Sekolah rendah saya pula.....Saya sayang sekolah saya. 


                                                                     Lencana SKGS
Setelah kita lihat Lencana Sekolah menengah saya, ini pula Lencana sekolah rendah. inilah Lencana yang saya pakai daripada darjah satu hinggalah darjah 6. rindunya semasa zaman sekolah rendah... Jom kita nyanyi pula LAGU SKGS sama-sama....

Sampai sini sahajalah dulu cerita saya pasal Gombak...nanti kita sambung balik ok..

Melahirkan Generasi Kritis Melalui Subjek Sejarah


Saya terpanggil untuk menulis mengenai subjek sejrah ini kerana saya mengambil subjek SEJARAH sebagai fokus saya. Bagi saya sejarah sangat penting dan tanpa sejarah kita tidak menegetahui asal-usul kita dan  bagi mengelak daripada berulang kembali sejarah yang telah berlaku. Bacalah ini MENGAPA SEJARAH PENTING???
Melahirkan generasi yang kritis sangat penting bagi sesebuah negara. Amat malang sekirannya sesebuah negara itu hanya mampu untuk melahirkan generasi kakak tua yang bijak (?) menghafal namun bodoh dalam menganalisis, mengkritik, mempersoal apa yang dihafal. Menghafal perkara yang mudah. Beruk juga boleh menghafal. Tikus apatah lagi. Apakah cukup bagi manusia untuk menjadi seperti beruk atau tikus? Tidak. Itu memang pasti. Jadi yang membezakan manusia dan beruk adalah kemampuan untuk mengkritik, menganalisis, mempersoal segala maklumat yang disumbat ke dalam kepala.
Jelas sekali hari ini sistem pendidikan kita lebih banyak melahirkan beruk dan tikus daripada melahirkan manusia. Kita ramai pelajar yang mendapat “straight A’s” namun gagal memahami sesuatu isu dengan berkesan. Kita kaya dengan kakak tua yang mampu menulis kembali apa yang tercatat dalam buku teks ke atas sekeping kertas. Ini semua hanya lah pencetus kepada kejatuhan Hadharah Malaysia yang dicintai.
Melahirkan generasi yang kritis adalah idaman setiap tamadun. Tanpa generasi yang kritis, mana mungkin penambahbaikan dapat dicapai. Kita tidak perlu kepada tukang ampu, tukang kipas yang mengiyakan segala idea, cadangan, buah fikiran. Tapi yang kita ingin kan adalah mereka yang akan mencari kekurangan kepada buah fikiran, idea, cadangan tersebut dan membantu kita memperbaik lagi idea tersebut.
Melalui tukang kritik lah kita dapat membaiki sesuatu. Kerana sesuatu yang perlu dibaiki adalah sesuatu yang ada kekurangan. Kekurangan hanya dapat dilihat oleh mereka yang kritis, tak mampu golongan pengampu untuk melihat kekurangan orang yang diampu.
Persoalan sekarang, bagaimana melahirkan golongan yang kritis?
Adalah menjadi satu kemestian bagi pelajar di sekolah untuk mengambil mata pelajaran Sejarah. Mata pelajaran sejarah adalah sangat penting dan berguna bagi para pelajar kerana memalui sejarah lah kita mampu untuk belajar dari kesilapan datuk nenek kita dahulu. Namun, adakah cukup sekadar tahu siapa yang menjajah, bila kapitan cina datang, apa yang dijarah oleh Belanda? Segala persoalan siapa, apa, bila adalah perkara yang boleh dihafal. Sesiapa pun boleh menghafal. Yang penting bagi kita adalah untuk mengajar kepada para pelajar, mengapa perkara itu berlaku. Mengapa, bukan siapa. Mengapa, bukan bila. Mengapa, bukan apa.
Melalui persoalan mengapa lah kita dapat mengetahui dengan jelas sesuatu perkara berlaku dan wujud dalam lipatan sejarah. Antara sebab wujudnya sindrom bosan dan benci akan sejarah dalam kalangan para pelajar adalah penekanan yang berlebihan terhadap fakta-fakta yang perlu dihafal. Nama tokoh, tempat kejadian, tahun peristiwa, semua membosankan para pelajar. Justeru, persoalan mengapa tentulah lebih menarik untuk pelajar kerana mereka tidak ditekankan untuk menghafal sebaliknya mereka lebih ditekankan untuk mengetahui kenapa sesuatu peristiwa itu berlaku.
Memang, penting juga untuk kita mengetahui nama, bila, apa. Namun, usah lah ditekankan sangat. Tak tahu siapa Tok Janggut tidak mengapa asalkan tahu mengapa orang Kelantan menentang British. Tak tahu bila perjanjian Pangkor ditandatangani tidak mengapa asalkan tahu mengapa ia ditandatangani.
Pelajar kita mesti diajar untuk menyelami maksud yang tersirat dalam sejarah kita. Mereka perlu ditekankan untuk mengambil tahu mengapa seseorang tokoh itu membuat sesuatu. Bukan sekadar tahu apa yang tokoh itu buat.
Setelah selesai penguasaan pelajar dalam mengapa sesuatu itu berlaku, kita perlu menekankan pula persoalan apa yang mungkin berlaku jika ianya tidak berlaku sebagaimana sejarah. Apa yang akan berlaku sekiranya British Military Administration tidak datang setelah Jepun menyerah kalah? Apa yang akan berlaku sekiranya Tunku Abdul Rahman membenarkan Parti Komunis Malaya menyertai politik? Persoalan ini dapat melahirkan pemikiran di luar kotak. Kemahiran berfikir untuk jangka masa panjang akan mampu untuk dipupuk.
Ini kerana apabila pelajar sudah benar-benar menguasi kemahiran ini, sudah tentu mereka akan mewujudkan dahulu persoalan mengapa mereka melakukan sesuatu dan apa berlaku jika mereka tidak melakukannya. Kemahiran “plan B” juga akan terbentuk sedikit demi sedikit.
Persoalan sebegini sudah tentulah lebih menarik dan dapat meluaskan lagi fikiran para pelajar. Jika sistem lama yang berteraskan bila, apa, siapa, para pelajar akan ditutup dalam kotak sejarah yang sudah berlaku dan tak mampu untuk diubah lagi. Tapi dengan sistem mengapa, pelajar dapat mebuat andaian dan meluaskan lagi fikiran mereka dengan mengaitkan sesuatu isu dengan isu yang lain.
Pengaplikasian sejarah dalam kehidupan juga akan lebih bermakna dengan pendekatan persoalan ini. Apa yang kita boleh aplikasikan dengan sekadar mengetahui nama tokoh, bila jambatan dibom dan sebagainya? Mengetahui maksud yang tersirat di sebalik sejarah itu lah yang akan menjadikan sejarah lebih bernilai.
Dengan adanya konsep mengapa ini, pelajar dapat mempersoal, mengkritik tindakan seseorang tokoh. Mereka dapat mengadakan perbincangan, diskusi ilmiah mengenai sesuatu peristiwa. Mereka akan mampu untuk memberikan pendapat mereka mengenai aksi seseorang tokoh. Apa yang berlaku jika tokoh itu buat begini, bukan begitu? Kenapa dia tidak ikut kata penasihat? Jika ikut sudah tentu jadi begini, bukan begitu. Ini lebih baik dan bakal melahirkan generasi yang mampu berfikir di luar kotak sejarah, bukan sekadar kakak tua yang terkurung dalam kotak sejarah.
Dari segi peperiksaan pula, para penggubal soalan perlu menyediakan satu soalan khusus untuk memberi ruang bagi para pelajar menzahirkan idea dan pendapat mereka mengenai sesuatu isu. Soalan sebegini tidak mampu dijawab sekadar dengan membaca buku teks. Sebaliknya kemahiran berfikir sangat penting kerana soalan sebegini memerlukan idea baru, bukan sekadar mengulang kembali cerita lama.
Soalan ini perlu dijadikan soalan wajib dan para pelajar perlu “score” soalan ini bagi membolehkan mereka mendapat A atau lulus dalam mata pelajaran tersebut. Jangan jadikan soalan ini soalan pilihan kerana sudah tentu para pelajar tidak mahu menjawabnya.
Kebebasan intelektual perlu diberikan kepada para pelajar dalam menjawab soalan ini. Biarkan mereka mengkritik, menggodam, menghentam tindakan seseorang tokoh asalkan ianya bersifat membina, bukan kritik, godam, hentam yang membabi buta. Persoalan mengapa yang dibincangkan tadi akan menyediakan para pelajar dalam menjawab soalan ini.
Bersikap kritikal bukan sikap yang buruk. Bahkan ianya sikap yang mulia kerana melalui kritikan lah kita dapat membaiki diri, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru itu penting bagi kita menyediakan masyarakat yang bersikap kritikal dalam membina Hadharah Malaysia yang kita idamkan.
Wallahua’lam.

Thursday, 3 November 2011

Kasih Sayang Kunci Kesejahteraan Keluarga dan Masyarakat


SIFAT kasih sayang kunci perpaduan manusia. Seorang pemimpin pengasih dan prihatin, menyebabkan rakyat dan pengikut hormat serta menyanjunginya. Seorang ayah penyayang dan prihatin, akan dicintai dan dihormati anak dan isterinya. 

Demikianlah rahsia kekuatan kasih sayang dalam kehidupan manusia. Kasih sayang akan mendekatkan antara benua, negara dan mengikat persaudaraan manusiawi sekalipun berlainan bangsa, agama, budaya, warna kulit serta pangkat. 

Kasih sayang juga kunci kesejahteraan keluarga dan masyarakat. Oleh itu, penting kita usahakan supaya disayangi dan sekali gus menyayangi orang lain.

Jika kita seorang anak, usahakan kita disayangi ibu bapa. Jika kita ibu bapa, usahakan anak menyayangi kita. Dengan demikian, akan wujud dalam rumah tangga, orang tua sayang pada anak dan anak sayang pada orang tua. 

Bagi pasangan suami isteri, kita mesti berusaha supaya pasangan disayangi dan menyayangi kita. Demikian juga dengan kepemimpinan negara, pendidik, ketua jabatan atau pemimpin masyarakat, perlulah berusaha menyayangi dan disayangi orang di bawah jagaan kita demi menjadi pemacu kesejahteraan sejagat. 

Ambillah iktibar bagaimana kasih sayang seekor kucing dan ular seperti diceritakan Imam Malik bin Dinar. Menurut beliau ketika hendak makan, tiba-tiba seekor kucing menyambar sepotong daging daripada pinggannya.

Lalu beliau mengekori ke mana ia dibawa. Rupa-rupanya kucing itu mencampakkan daging berkenaan ke dalam lubang berbatu yang dihuni seekor ular buta yang kelaparan. Renungilah, betapa pengasih dan penyayang haiwan itu walaupun berlainan jenis. 

Allah sengaja mempamerkan naluri sayang binatang ini untuk menjadi pengajaran manusia. Walaupun ada antaranya bersifat ganas, tetapi kasih sayangnya sangat tinggi. 

Isu perceraian yang tinggi di kalangan masyarakat Islam memang membimbangkan, kegagalan ibu bapa mengawal tingkah laku jelek anak, peningkatan gejala sosial, kurangnya semangat kejiranan, tidak mengambil berat masalah masyarakat, seakan petanda perasaan kasih sayang dalam masyarakat sudah hilang. 

Sebagai Muslim dan Mukmin berpegang dengan al-Quran dan sunnah, marilah kita menghayati semangat kasih sayang dan muhibah dalam kehidupan seharian demi mencapai keredaan Allah dan kebahagiaan dunia serta akhirat.

Semangat ditunjukkan kepemimpinan melalui ikrar mereka ketika majlis angkat sumpah, adalah tanda kasih sayang pemimpin untuk berbakti kepada rakyat serta memastikan pengurusan negara yang berkesan. 

Semoga sumpah mereka akan diterjemahkan melalui tindakan serta gerak kerja yang pastinya menjadi bukti kepada kasih sayang mereka dan usaha ke arah mencari keredaan Allah di dunia dan akhirat. 

Firman Allah bermaksud: "Kamu tidak dikira salah oleh Allah mengenai sumpah kamu yang tidak disengajakan, akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat." (Surah al-Maidah, ayat 89)