Monday 31 October 2011

Mengapa saya memilih Kaunseling

Salam 1 MALAYSIA...


Pernah dengar tentang kaunseling? i'm sure a lot of us heard about it. Kaunseling merupakan satu proses rundingan yang boleh membantu klien untuk menangani isu mereka. hahaha. I am the one of the counselling students in UPSI. Belajar kaunseling kat sini best sangat. Saya kenal ramai orang daripada pelbagai latar budaya, agama, negeri, dan sebagainya. Dalam kelas kami seramai 44 orang. InsyaAllah kami akan jadi bakal kaunselor satu hari nanti.

Di UPSI, batch kami is the third batch yang ada subjek "fokus" sekali bagi kami yang ambil jurusan kaunseling. Selepas ini, di UPSI pelajar kaunseling makin sedikit dan hanya  menawarkan program kaunseling ini kepada beberapa orang sahaja sehingga pelajar semester 1 yang baru - baru ini hanya seramai 25 orang sahaja. Saya mendapati senario ini berlaku kerana senior yang baru sahaja bergarduasi mempunyai kuantiti yang ramai dan ini menjadi UPSI mengambil makin sedikit pelajar kaunseling yang hanya perlu digunakan seramai 2 orang sahaja di satu sekolah....dengarnyalah tetapi saya pernah pergi ke sekolah dan bertanya kepada guru kaunseling sekolah, "berapa ramai kaunselor sekolah sepatutnya?", lalu kaunselor berkata, "sepatutnya perlu ada seramai 7 orang tetapi sekolah ini baru sahaja mempunyai 4 orang kaunselor........kamu berminat ke kerja kat sekolah ini?" (cikgu berseloroh lalu saya hanya mampu tersenyum). 


Kenapa Minat Kaunseling?


Memang dari sekolah menengah lagi saya meminati bidang kaunseling. Tambahan lagi saya bekas ajk pembimbing rakan sebaya, PRS di sekolah saya dahulu iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, SMKGS. Aktiviti bimbingan yang kami jalankan ketika di sekolah sangat menarik dan menjadikan saya lebih menghargai kehidupan. Namun, ramai rakan berpendapat aktiviti kami hanya syok sendiri dan langsung tidak membimbing rakan untuk menjadi lebih baik. Justeru saya menyedari rupanya banyak lagi ilmu yang saya perlu pertingkatkan untuk mengatasi kelemahan yang ada pada diri saya ini.

Disebabkan itu, saya telah meletakkan program kaunseling di UPSI sebagai pilihan kedua saya ketika mengisi borang upu dan pilihan pertama saya perakaunan kerana saya mengambil akaun di matrikulasi sebelum saya memasuki UPSI kini. Alhamdulillah saya berjaya ditawarkan memasuki UPSI dalam jurusan Bimbingan Dan Kaunseling. Setelah mempelajari banyak ilmu dalam kaunseling, saya merasakan saya telah belajar sesuatu yang miracle. Sesuatu yang sangat tidak ternilai. Satu nilai yang tidak pernah saya hargai selama ini. Iaitu ilmu tentang kehidupan manusia.


Rupanya banyak kelemahan dan kekuatan diri saya yang saya tidak pernah sedar selama ini. Rupanya ramai masyarakat di luar sana masih tidak memahami diri masing-masing. Saya sedih apabila aspek emosi, kognitif, dan psikologi manusia selama ini dipandang ringan oleh masyarakat. Sedangkan perkara-perkara ini merupakan elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia. saya mula menghargai kehendak, tanggapan, dan perasaan orang lain. Ketika ini, jauh di sudut hati saya berkata; "kejamnyanya aku selama ini kerana tidak pernah menghargai perasaan orang lain".

Peranan kaunselor...

Di sini saya ingin membuka minda pembaca blog ini untuk memahami apakah kaunseling sebenarnya. Semua manusia di dunia ini berhak untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Tak kira orang yang akan dihukum gantung, pesakit yang bakal menemui ajal, orang pekak, bisu, buta, lumpuh, normal, dan sebagainya sangat memerlukan perkhidmatan kaunseling. Waima Yang Dipertuan Agong sehingga janitor sekali pun berhak untuk menerima perkhidmatan kaunseling.

Proses kaunseling bertujuan untuk memupuk kesedaran kendiri di kalangan klien. Situasi yang dialami sepanjang sesi kaunseling dijalankan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dalam hidup. Ramai bertanggapan kaunseling hanya untuk orang bermasalah sahaja. Hakikatnya, semua manusia pernah, sedang dan akan menghadapi masalah dalam hidup. Jadi tak salah sekiranya masalahnya dihisab dalam sesi kaunseling.

Kaunselor berperanan sebagai cermin diri dalam sesi kaunseling. Cuba bayangkan, anda ingin mencukur misai, atau ingin menyikat rambut, anda akan mencari cermin untuk melihat keadaan diri anda. Anda tidak mampu mengetahui keadaan diri tanpa melihat perkara sebenar yang berlaku dan terdapat pada diri. Namun, ketika di hadapan cermin, yang menyikat rambut dan mencukur misai anda tidak dilakukan oleh cermin. Sebaliknya, anda sendiri yang melakukannya.

Perkara yang ingin saya sampaikan sebenarnya adalah kaunselor hanya berperanan membantu anda melihat keadaan diri. Kelemahan, kekuatan, dan situasi sebenar yang anda alami, tetapi anda tidak sedar kewujudannya. Namun, orang yang berhak dan bertanggungjawab mengatasi masalah diri anda adalah diri anda sendiri. Ibarat ketika kita berjumpa doktor ketika demam. Doktor hanya mendiagnosis dan mencadangkan ubatan yang perlu diambil. Tetapi, yang perlu menjaga waktu pengambilan ubat, dan makan ubat tersebut adalah diri kita sendiri dan bukannya doktor tersebut.

Justeru, hentikanlah tanggapan kurang baik terhadap kaunseling dan peranan kaunselor. Kerana sebenarnya proses kaunseling hanya boleh dijalankan oleh mereka yang bertauliah dan mengamalkannya secara professional. Banyak teori yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan sesebuah sesi kaunseling. Sesi kaunseling hakikatnya tidak berlaku sekiranya ditangani oleh mereka yang hanya mengikuti kursus kaunseling selama sebulan. Mereka yang mengaku kaunselor, tetapi tidak bertauliah seperti inilah yang mencemar nama baik profession kaunseling.

Pesanan saya kepada para pembaca agar teruslah muhasabah diri. Kerana menurut ajaran Islam; mereka yang tidak muhasabah dirinya, sehingga hari esok menjadi lebih buruk daripada hari sebelumnya umpama tidak bermakna keIslaman dalam dirinya.


Pejamkan mata dengan tenang. Tarik nafas perlahan-lahan... dan hembuslah dengan perlahan. Fikirkanlah dengan kewarasan akal tentang apa yang telah anda baca dan tolong sebarkan kepada mereka yang anda sayangi. Terima kasih.

5 comments:

  1. Hai. Umm maaf komen dekat post lama. just nak tanya biasa interview untuk kos kaunseling ni dia tanya apa ye?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    Saya pelajar f5 , mmg meminati bidg ini sejak F1 lagi.Bagi saya bidang kaunseling adalah satu bidang yg begitu subjektif ilmunya kerana berkisarkan tentang kehidupan manusia.Saya suka untuk belajar tentang itu san cara bagaimana utk kita menyelami hati manusia dengan cara terbaik agar dpt membantu mereka yg menghadapi masalah..Saya keliru adakah patut saya ambil f6 atau saya terus ke UPSI ? Mohon penjelasan.Terima kasih..Assalamualaikum

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Saya pelajar f5 , mmg meminati bidg ini sejak F1 lagi.Bagi saya bidang kaunseling adalah satu bidang yg begitu subjektif ilmunya kerana berkisarkan tentang kehidupan manusia.Saya suka untuk belajar tentang itu san cara bagaimana utk kita menyelami hati manusia dengan cara terbaik agar dpt membantu mereka yg menghadapi masalah..Saya keliru adakah patut saya ambil f6 atau saya terus ke UPSI ? Mohon penjelasan.Terima kasih..Assalamualaikum

    ReplyDelete
  4. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete
  5. Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

    ReplyDelete